Hosni Mubarak dibebaskan

Agensi
Mac 24, 2017 23:00 MYT
Mubarak yang dibebaskan pada Jumaat, sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2012. - Gambar fail / REUTERS
Selepas enam tahun menjalani tahanan di hospital sejak 2011, bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan.
Mubarak yang dibebaskan pada Jumaat, sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2012.
Mubarak meninggalkan Hospital Tentera Maadi, lokasi beliau ditahan sejak enam tahun lalu menuju ke rumahnya di Heliopolis.
Pada awal bulan ini, mahkamah rayuan membebaskan Mubarak daripada dakwaan membunuh penunjuk perasaan ketika "kebangkitan Arab" pada 2011 yang mengakhiri pemerintahannya selama 30 tahun.
Sejak ditahan pada 2011, Mubarak, 88 tahun, menjalani rawatan di Hospital Tentera Maadi.
#bekas presiden Mesir #dibebaskan #Hosni Mubarak #Hospital Tentera Maadi