Hong Kong siap sedia hadapi penangan Taufan Haima

Agensi
Oktober 21, 2016 11:19 MYT
Urusan harian penduduk Hong Kong tuan terjejas akibat kehaditan Taufan Haima. - Foto Reuters
Jalanraya dan lorong utama di Hong Kong lengang pada Jumaat bagi membuat persediaan menghadapi penangan Taufan Haima yang dijangka membadai wilayah itu sedikit masa lagi.
Taufan ganas itu sebelum ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh di Filipina.
Selain jadual penerbangan dibatalkan, sekolah dan pejabat turut ditutup.
Dagangan di Bursa Saham Hong Kong juga ditangguhkan dan dijangka tidak diniagakan hari ini.
Pada pukul 8 pagi waktu tempatan, Haima dikesan berpusat sekitar 190 kilometer dari wilayah Hong Kong dan kini menuju ke tanah besar China.
Sementaranya itu, pusat pemantauan cuaca Hong Kong menaikkan amaran taufan ke paras lapan, yang ketiga tertinggi pernah dikeluarkan dengan jangkaan angin kencang dan hujan lebat bakal melanda.
#Bursa Saham Hong Kong #Hong Kong #tahap amaran #Taufan Haima
;