Hong Kong dikawal ketat polis antirusuhan menjelang protes besar-besaran

Agensi
September 7, 2019 20:03 MYT
Polis turut meningkatkan jumlah anggotanya di terminal bas, feri dan kereta api di sekitar bandar raya itu. Foto: AP
Pasukan polis antirusuhan dikerah ke seluruh Hong Kong pada sabtu bagi menghalang rancangan tunjuk perasaan pro-demokrasi besar-besaran.
Memetik laporan AFP, protes itu dilapor menyasarkan lapangan terbang.
Protes itu merupakan perhimpunan pertama selepas Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam membuat pengumuman mengejutkan awal minggu ini.
Lam membuat keputusan menarik semula rang undang-undang ekstradisi Rabu lalu.
Tindakannya menyusul selepas protes yang berlangsung sejak tiga bulan lalu bertukar menjadi ganas.
BACA: Rang undang-undang ekstradisi Hong Kong ditarik semula secara kekal
BACA: Penunjuk perasaan, polis bertempur di Lapangan Terbang Hong Kong
Dalam pada itu polis turut meningkatkan jumlah anggotanya di terminal bas, feri dan kereta api di sekitar bandar raya itu.
Beberapa perkhidmatan bas dan kereta api ke lapangan terbang juga didapati mengehadkan perkhidmatan mereka.
BACA: Demonstrasi Hong Kong: Tren ke lapangan terbang dihentikan
BACA: Protes Hong Kong: Aktivis utama Joshua Wong antara tiga ditahan
#Carrie Lam #Hong Kong #Ketua Eksekutif Hong Kong #polis anti rusuhan #pro-demokrasi #protes
;