Honduras putuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan

Bernama
Mac 26, 2023 12:13 MYT
Honduras mengiktiraf kerajaan Republik Rakyat China sebagai satu-satunya kerajaan yang sah di Taiwan. - Fail
MOSCOW: Honduras telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Taiwan, menurut Kementerian Dalam Negeri.
"Atas arahan Presiden, Setiausaha Negara di Pejabat Hubungan Luar dan Kerjasama Antarabangsa, telah memaklumkan kepada Taiwan mengenai keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik," menurut kementerian itu di Twitter pada Sabtu, lapor Sputnik.
Menurut kenyataan itu, Honduras mengiktiraf kerajaan Republik Rakyat China sebagai satu-satunya kerajaan yang sah.
Taiwan turut mengambil langkah yang sama apabila Menteri Luar Jaushieh Joseph Wu pada sidang akhbar pada Ahad berkata kementerian luar telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Honduras.
Langkah itu sekali gus akan menamatkan sepenuhnya kerjasama dua hala dan menarik balik misi diplomatik.
Awal bulan ini, Taiwan memanggil semula dutanya dari Honduras berikutan pengumuman bahawa negara Amerika Tengah itu berhasrat untuk menjalin hubungan rasmi dengan China.
Pada 15 Mac, Presiden Honduras Xiomara Castro mengarahkan Menteri Luar Eduardo Reina untuk memulakan hubungan diplomatik rasmi dengan China.
Taiwan ditadbir secara bebas dari tanah besar China sejak 1949 manakala Beijing menganggap pulau itu sebagai daripada wilayahnya.
-- BERNAMA
#Honduras #hubungan diplomatik #Taiwan #China
;