Honduras perkukuh hubungan diplomatik dengan China
Astro Awani
Mac 26, 2023 07:45 MYT
Mac 26, 2023 07:45 MYT
BEIJING: Honduras menjalinkan hubungan diplomatik dengan China selepas memutuskan hubungan dengan Taiwan.
Menteri Luar kedua-dua negara bertemu pada Ahad bagi menandatangani pengumuman bersama itu di Beijing.
Jalinan diplomatik itu membuktikan sepenuhnya bahawa berpegang kepada prinsip satu China adalah pilihan yang betul serta selaras dengan keadilan antarabangsa.
Kemenangan diplomatik untuk China datang susulan ketegangan meningkat antara Beijing dan Amerika Syarikat (AS).
Ia juga menunjukkan ketegasan China terhadap tindakan Taiwan yang melaksanakan pemerintahan sendiri serta menandakan pengaruh China yang semakin meningkat di Amerika Latin.
Hubungan baharu China-Honduras diumumkan selepas kerajaan Honduras dan Taiwan membuat pengumuman berasingan bahawa mereka memutuskan hubungan.
Taiwan kini hanya diiktiraf 13 negara berdaulat.