Hokkaido digegar gempa bumi kuat sekali lagi

Reuters
Oktober 5, 2018 11:04 MYT
Gegaran di Hokkaido pada awal pagi Jumaat diklasifikasikan sebagai 'weak 5' dalam skala kekuatan gempa Jepun. - REUTERS / Fail
Satu gempa bumi kuat berukuran 5.3 magnitud mengegarkan pulau Hokkaido awal pagi Jumaat.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan pasca gempa yang berlaku jam 8.58 pagi waktu tempatan itu.
Menurut media tempatan, gegaran itu diklasifikasikan sebagai ‘weak 5’ dalam skala kekuatan gempa Jepun.
Skala itu mengukur kekuatan gempa dari 1 hingga 7, dengan 7 adalah paling kuat.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikar (USGS) berkata, gempa itu yang diukur pada 5.2 magnitud berada pada kedalaman 42 kilometer dan berpusat di pantai selatan Hokkaido.
Ia siri gempa terbaru selepas Hokkaido digegarkan gempa berukuran 6.7 magnitud pada 6 September lalu, sekali gus melumpuhkan bandar itu serta menyaksikan beratus korban nyawa dan tanah runtuh.
#gempa bumi #Gempa Jepun #Hokkaido #Jepun #tanah runtuh #tsunami
;