Hizbullah sahkan kematian dua pemimpinnya dalam serangan udara Israel

Bernama
September 29, 2024 23:54 MYT
Kenyataan itu juga menyatakan Kauk terbunuh di kawasan kejiranan Chiyah yang terletak di pinggir bandar selatan ibu negara Lubnan itu pada 28 September. - Gambar Reuters
BEIRUT: Nabil Kauk, Ahli Majlis Pusat Hizbullah dan Ali Karaki, Komander Barisan Selatan pergerakan itu, terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan pinggir bandar selatan Beirut, menurut pergerakan itu pada Ahad, lapor Sputnik.
"Komander Kanan Ali Karaki terbunuh dalam serangan udara Zionis di kawasan kejiranan Haret Hreik di pinggir bandar selatan Beirut (pada 27 September)," kata Hizbullah dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu juga menyatakan Kauk terbunuh di kawasan kejiranan Chiyah yang terletak di pinggir bandar selatan ibu negara Lubnan itu pada 28 September. - Bernama    
#Israel #Hizbullah #serangan udara #pinggir bandar
;