Hina Islam: Ahok akan didakwa hari ini

Agensi
Disember 13, 2016 11:58 MYT
Ahok akan mempertahan jawatannya sebagai Gabenor Jakarta dalam Pilihan raya Ketua Daerah (Pilkada) pada bulan Februari tahun depan. - Foto AFP
Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok didakwa di mahkamah di Jakarta hari ini atas kes penghinaan agama.
Ia susulan kenyataan kontroversinya September lalu berhubung tafsir Al-Quran semasa bertemu pengundi di Kepulauan Seribu.
Ahok akan didakwa di bawah Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik di mana sekiranya didapati bersalah dia akan di hukum penjara maksimum lima tahun dan denda kira-kira Rp1 juta atau RM300,000.
BACA: Suasana tegang akhiri demonstrasi #BantahAhok
BACA: 'Saya rela ditangkap dan dipenjara jika bersalah' - Ahok
BACA: Ahok akan didakwa kerana menghina agama - Ketua Polis Indonesia
Dalam video kenyataannya itu yang tersebar secara meluas di dalam talian, Ahok didakwa meminta umat Islam supaya tidak terpedaya dengan Surah Al-Maidah yang menyebut umat Islam dilarang memilih pemimpin bukan Islam.
Kenyataan Ahok itu mengakibatkan ratusan ribu umat Islam menganjurkan demonstrasi membantah Ahok pada 4 November lepas.
Ahok akan mempertahan jawatannya sebagai Gabenor Jakarta dalam Pilihan raya Ketua Daerah (Pilkada) pada bulan Februari tahun depan.
#ahok #basuki tjahaja purnama #Gabenor Jakarta #Jakarta #menghina agama
;