Hina China, Houston Rockets dan NBA terima padah
Razak Chik
Oktober 8, 2019 22:17 MYT
Oktober 8, 2019 22:17 MYT
PENYIAR Negara China CGTN mengambil tindakan membatalkan rancangan menyiar dua perlawanan pra-musim NBA Amerika ekoran sokongan pengurus kelab Houston Rockets terhadap protes di Hong Kong di laman twitter.
Siaran yang dibatal melibatkan LA Lakers dan Brooklyn Nets yang dijadualkan pada Khamis di Shanghai dan Shenzen pada Sabtu.
Sukan bola keranjang melibatkan pasukan NBA Amerika begitu popular di kalangan peminat sukan China.
Musim NBA baharu akan bermula pada Oktober 22 dan perlawanan pertunjukkan kerap diadakan di China.
Kontroversi bemula pada Jumaat apabila pengurus besar Houston Rocket Daryl Morey menyiarkan kicauan di laman twitter menyokong protes di Hong Kong.
Kicauan Morey berbunyi; “fight for freedom, stand with Hong Kong – (berjuang untuk kebebasan, berdiri bersama Hong Kong).”
Pada Selasa, keadaan dikeruhkan apabila Pesuruhjaya NBA Adam Silver membuat kenyataan menyokong hak Morey menyuarakan pendapat.
Walaupun Morey sudah menyah-siar kicauan menyokong protes HK di laman sosialnya, tindakan Silver mengeruhkan keadaan.
Pihak China bertindak membatalkan pelbagai acara yang sudah diatur oleh pihak NBA sepanjang minggu ini termasuk beberapa perlawanan bola keranjang pertunjukkan.
China juga mengeluarkan kenyataan memberi amaran kepada jenama global agar tidak campur tangan dalam politik China.
#Adam Silver
#bola keranjang
#Brooklyn Nets
#CGTN
#Daryl Morey
#Houston Rockets
#LA Lakers
#NBA
#Protes di Hong Kong
#Shanghai
#Shenzen