Hillary Clinton pilih Senator Tim Kaine sebagai regu

Agensi
Julai 23, 2016 02:32 MYT
Hillary Clinton (kiri) bersama Senator Tim Kaine (kanan) ketika berkempen di Pusat Komuniti Kebudayaan Ernst di Annandale, Virginia. - Foto AFP / SAUL LOEB
Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Demokrat, Hillary Clinton memilih Senator Virginia Tim Kaine sebagai regunya pada pilihan raya presiden November nanti.
Kaine, 58, dipilih untuk calon naib presiden berdasarkan kemampuan, kebolehan dan dilihat senang bekerjasama dengan Hillary.
Bekas Gabenor Virginia itu juga seorang senator yang lantang membantah pengguguran dan menyokong persetujuan perdagangan bebas.
Parti Demokrat berharap dengan mengetengahkan keua-dua calon ini, mereka mampu berdepan cabaran daripada calon presiden parti Republikan, Donald Trump.
Konvensyen parti Demokrat akan diadakan di Philadelphia mulai minggu hadapan.
Selain daripada Presiden AS Barack Obama yang dijadualkan bakal bercakap dia sana, turut hadir adalah suami Hillary, Bill Clinton yang juga bekas President AS.
#Amerika Syarikat #calon presiden #Demokrat #Hillary Clinton #Republikan #Tim Kaine