Hilang punca pendapatan, penduduk miskin bergelut teruskan kehidupan

Agensi
Mei 7, 2020 23:49 MYT
Penduduk miskin di Thalind beratur menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan. - Gambar REUTERS
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Beberapa minggu lalu, mereka mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap yang dapat menyara keluarga, kini mereka terpaksa bergantung kepada ihsan orang lain.
Jamrieng Kleawklam dan suaminya merupakan pembuat kasut.
Mereka diberhentikan kerja pada Mac lalau dan tinggal dalam yang keluarga besar.
"Semua orang di rumah saya kehilangan pekerjaan, setiap orang. Dan saya mempunyai cucu berusia satu tahun yang masih memerlukan susu.
"Setiap hari kami tidak berkerja dan setiap hari kami harus datang ke sini untuk mendapatkan makanan," ujarnya.
Sejak kehilangan pekerjaan sebagai pembantu rumah, Dokpayom Chaiyarak terpaksa mengeluarkan wang simpanannya dan terpaksa berhutang untuk berusaha memberi makan kepada suami dan lima anaknya.
"Sejujurnya, ini tidak mudah. Saya menggunakan wang - kira-kira 5,000 atau 6,000 baht (155 atau 185 dolar AS) - yang saya simpan untuk yuran sekolah.
"Saya membelanjakannya sedikit demi sedikit sedikit dan ia hampir habis," kata Chaiyarak.
Bagi orang miskin di Thailand, keadaan ini amat sukar.
Pada Mac, Bank Dunia melaporkan jumlah penduduk yang hidup dalam kemiskinan di negara gajah putih itu meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pembunuhan ekonomi akibat pandemik itu memburukkan lagi keadaan.
Ketika ini, apa yang penting adalah segera mangatasi krisis berkenaan
"Ramai yang tidak dapat kembali bekerja. Mereka tidak mempunyai wang untuk membayar air, elektrik atau sewa.
"Ada yang tidak cukup untuk beli beras untuk dimasak, atau membeli ubat-ubatan," kata Walunlak Phonlahan, timbalan pengarah daerah Phrakhanong.
Sehingga kini Thaliand merekodkan 55 kematian akibat COVID-19, dan pada Khamis, hanya tiga kes baru dilaporkan.
Jurucakap rasmi kerajaan memaklumkan, jika jangkitan baru kekal dalam angka satu digit, mungkin akan ada lebih kelonggaran sekatan lockdown dari pertengahan Mei.
#Bangkok #bantuan #COVID-19 #Dokpayom Chaiyarak #Jamrieng Kleawklam #miskin #Thailand
;