Hezbollah perlu ‘bayar harga setimpal’ atas kematian 12 kanak-kanak di padang bola - Israel

Agensi
Julai 28, 2024 07:15 MYT
Rejim Israel berikrar, Hezbollah perlu ‘membayar harga setimpal’ susulan pasukan pejuang dari Lubnan itu didakwa melakukan serangan ke atas pada bola sepak yang mengorbankan 12 kanak-kanak. - Gambar REUTERS
TEL AVIV: Rejim Israel berikrar, Hezbollah perlu ‘membayar harga setimpal’ susulan pasukan pejuang dari Lubnan itu didakwa melakukan serangan ke atas pada bola sepak yang mengorbankan 12 kanak-kanak.
Penegasan Israel itu sekali gus menyalahkan Hezbollah atas serangan roket di Bukit Golan yang diduduki Israel yang mengorbankan kanak-kanak berkenaan, yang turut menyentuh kebimbangan perang habis-habisan akan tercetus di wilayah itu.
Hezbollah dalam reaksinya, bagaimana, dengan tegas "menafikan" menjadi dalang di belakang serangan itu, yang paling buruk di Israel atau wilayah yang dikuasai Israel sejak serangan 7 Oktober di Gaza.
Pesawat perang Israel melakukan serangan udara terhadap sasaran Hezbollah "jauh di dalam wilayah Lubnan" dan di sepanjang sempadan seharian semalam (Ahad), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa yang terkorban daripada serangan tersebut.
Dalam kunjungan ke bandar Majdal Shams berhampiran sempadan Syria dan Lubnan, di mana serangan roket menyebabkan kanak-kanak dan remaja maut pada hari Sabtu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berikrar memberikan maklum balas yang sangat tegas.
"Hezbollah bertanggungjawab untuk ini (serangan padang bola) dan mereka akan membayar harganya," kata Gallant.
Terdahulu, dalam kenyataan awal yang dikeluarkan pejabatnya, Gallant berkata: "Kami akan melakukan serangan ke atas musuh dengan lebih keras."
Serangan Sabtu ke atas wilayah itu melibatkan "kira-kira 30 peluru" melintasi dari Lubnan ke wilayah Israel, dalam serangan bertubi-tubi dan tentera Israel dengan pantas menyalahkan pasukan pejuang yang disokong oleh Iran itu.
Serangan itu menyebabkan 12 kanak-kanak terkorban selain 44 orang cedera, menurut pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan itu dilaporkan sedang bermain di padang bola sepak, menurut senarai Kementerian Luar Negeri Israel dan penduduk tempatan kepada CNN.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Ahad menyokong penilaian Israel dengan mendakwa, "setiap petunjuk" mencadangkan serangan itu adalah roket yang dilepaskan oleh Hezbollah.
Israel dan Hezbollah telah melancarkan tembakan roket hampir setiap hari sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober tahun lalu.
Pertempuran semakin tidak menentu sehingga mencetuskan kebimbangan beberapa kali bahawa perang Israel dengan Hamas di Gaza akan menjelma menjadi konflik pada pelbagai bidang di seluruh Asia Barat.
Walaupun Hezbollah mengaku menyerang Bukit Golan pada hari Sabtu, namun, pasukan itu sdengan sekeras-kerasnya menolak bertanggungjawab terhadap serangan ke atas Majdal Shams.
"Kami mengesahkan bahawa Penentangan Islam tidak mempunyai kaitan dengan insiden itu dan dengan tegas menafikan semua dakwaan palsu dalam hal ini," kata Hezbollah dalam kenyataan yang dikeluarkan. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #Hezbollah #Majdal Shams #Israel
;