Hezbollah mengaku bertanggungjawab serang konvoi tentera Yahudi

AFP
Januari 28, 2015 20:23 MYT
Kelihatan kereta-kereta kebal Israel berhimpun di sempadan Lubnan hari ini sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan Hezbollah. - AFP PHOTO / MENAHEM KAHANA
Kumpulan pejuang Lubnan, Hezbollah hari ini mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terhadap konvoi tentera Israel di sempadan yang diduduki Yahudi.
“Pada 11.25 (0925 GMT) pagi ini, kumpulan Quneitra dari pergerakan Hezbollah mensasarkan konvoi tentera Israel di Ladang Shebaa yang merangkumi beberapa kenderaan yang sedang membawa sekumpulan pegawai dan anggota tentera Zionis,” kata Hezbollah menerusi kenyataan yang disiarkan di saluran televisyen, Al-Manar milik kumpulan itu.
Laporan itu juga mendakwa telah berjaya membunuh sejumlah anggota tentera yang berada di dalam sembilan kenderaan terbabit.
Pada 18 Januari lalu, seorang anggota kumpulan itu dan seorang anggota Tentera Revolusi, Iran maut dalam serangan udara Israel di sekitar Bukit Golan yang dikuasai Syria.
Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah dijangka memberikan ucapan berhubung perkembangan terbaharu ini pada Jumaat.
#Hezbollah #Israel #lubnan
;