Henry Golding bintangi James Bond?
Agensi
Februari 20, 2019 11:52 MYT
Februari 20, 2019 11:52 MYT
AKTOR popular Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding dilaporkan bakal membintangi filem James Bond.
Henry, 32, dikhabarkan akan menggantikan pelakon Daniel Craig, 50, yang akan tamat kontraknya memegang karakter perisik kasanova itu.
Bagaimanapun, pelakon utama Crazy Rich Asians itu enggan mengulas mengenai spekulasi itu.
“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu,” katanya seperti dilaport portal berita TMZ.
Jika betul Henry menjadi pilihan, aktor tampan itu akan mengulangi sejarah yang dicipta oleh aktres Michelle Yeoh yang pernah berlakon sebagai gadis Bond dalam siri Tomorrow Never Dies.
Pelakon berdarah kacukan Inggeris-Iban itu mencipta kemasyhuran di Hollywood selepas filem lakonannya, Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada 2018.