'Hello, adakah ini planet Bumi?' Angkasawan Britain tersilap mendail nombor dari angkasa lepas

Agensi
Disember 25, 2015 13:22 MYT
Peake 43, menjadi angkasawan Britain pertama ke stesen angkasa selepas berlepas dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan awal Disember lalu. - Foto AFP
Angkasawan Britain pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa, Tim Peake yang kini berada di angkasa lepas telah mendail nombor yang salah ketika cuba menghubungi rumah keluarganya sempena sambutan Hari Krismas.
Panggilan itu disambut oleh seorang wanita dan Peake memulakan perbualan dengan bertanya “Hello, adakah ini planet bumi?”
Peake kemudiannya memuat naik permohonan maaf kepada wanita tersebut di atas insiden berkenaan di Twitter pada Khamis.
Peake 43, menjadi angkasawan Britain pertama ke stesen angkasa selepas berlepas dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan awal Disember lalu untuk misi angkasa lepas selama enam bulan.

I'd like to apologise to the lady I just called by mistake saying 'Hello, is this planet Earth?' - not a prank call...just a wrong number!

— Tim Peake (@astro_timpeake) December 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hope you're all having a wonderful Christmas eve down there. You're looking good from up here! #Principia pic.twitter.com/8O50l7ZWzL

— Tim Peake (@astro_timpeake) December 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#angkasawan Britain #Krismas #Tim Peake