Helikopter tentera Rusia terhempas, semua kru terbunuh
Astro Awani
Mei 20, 2020 09:54 MYT
Mei 20, 2020 09:54 MYT
Tentera Rusia mengesahkan sebuah helikopter miliknya terhempas di satu kawasan tidak berpenghuni di utara Moscow lewat Selasa.
Dilaporkan semua kru pesawat itu terbunuh.
Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataannya berkata kejadian yang melibatkan helikopter model Mi-8 itu berlaku berhampiran bandar Klin, kira-kira 90 kilometer dari Moscow, lapor portal Associated Press.
Kejadian dipercayai disebabkan oleh kerosakan teknikal, kata pegawai kementerian.
Pihak kementerian bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai kru yang berada di dalam pesawat, namun mengesahkan helikopter itu tidak membawa peluru dan mendarat "di kawasan terpencil."
Ketua Komando Angkatan Udara Rusia telah menghantar petugas ke lokasi kejadian.