Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat

Bernama
Mei 28, 2023 23:22 MYT
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad. - Foto Sinar Harian/media sosial
JAKARTA: Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.
Bagaimanapun, kesemua lima anak kapal termasuk juruterbang dilaporkan selamat.
Helikopter Bell 412 milik tentera dalam misi latihan bagi menyokong batalion infantri sebelum terhempas di sebuah perkampungan di daerah Rancabali.
Video yang tular dari tempat kejadian memaparkan helikopter malang itu terbakar manakala anggota penyelamat serta orang ramai bergegas membantu mangsa sebelum dibawa ke hospital tempatan di Cimahi.
Siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menentukan punca kejadian, menurut tentera.
-- BERNAMA
#helikopter terhempas #tentera Indonesia #jawa barat #bandung
;