Helikopter Presiden Honduras lakukan pendaratan cemas
Bernama
Februari 26, 2025 18:59 MYT
Februari 26, 2025 18:59 MYT
Keadaan cuaca buruk yang menyebabkan jarak penglihatan terhad dipercayai menjadi punca pendaratan cemas helikopter membawa Castro (gambar). - Gambar fail/ Reuters
TEGUCIGALPA (Honduras): Sebuah helikopter yang membawa Presiden Honduras Xiomara Castro melakukan pendaratan cemas pada Selasa di kawasan pergunungan di bahagian barat laut negara itu, lapor Xinhua.
Pesawat itu dalam penerbangan dari San Pedro Sula ke ibu negara, Tegucigalpa, sebelum terpaksa mendarat di kawasan pergunungan Santa Cruz de Yojoa, Cortes.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Menurut Menteri Luar Honduras, Eduardo Enrique Reina Garcia, keadaan cuaca buruk yang menyebabkan jarak penglihatan terhad dipercayai menjadi punca pendaratan cemas itu.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: helikopter, Presiden Honduras, Xiomara Castro, pendaratan cemas