Helikopter pemilik Leicester City terhempas di luar stadium
Astro Awani
Oktober 27, 2018 06:58 MYT
Oktober 27, 2018 06:58 MYT
Helikopter pemilik pasukan bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, terhempas di luar Stadium King Power pada Sabtu.
Kejadian berlaku sejurus selepas pertandingan Liga Perdana Inggeris 2018-2019 membabitkan perlawanan antara Leicester dan West Ham.
Api masih kelihatan semasa ia terhempas di stadium berkenaan.
Saksi berkata, beberapa saat sebaik berlepas, pesawat tersebut hilang kawalan lalu merempuh parkir kenderaan kakitangan pasukan tersebut.
Tidak dapat dipastikan jika Srivaddhanaprabha berada dalam helikopter tersebut semasa nahas berlaku.
Namun, berdasarkan jadual kelazimannya, beliau akan meninggalkan stadium menggunakan helikopter peribadi selepas setiap perlawanan Leicester.
Srivaddhanaprabha, yang memiliki syarikat King Power Thailand, membeli Leicester pada 2010 sebelum menjadi pengerusinya pada Februari.
Pada 2016, beliau membantu pasukan itu meraih trofi Liga Perdana.
Punca sebenar insiden masih disiasat.
#bola sepak
#helikopter
#hilang kawalan
#Leicester City
#pemilik
#pesawat
#Stadium King Power
#terhempas
#Vichai Srivaddhanaprabha
#West Ham