Helikopter bawa pesakit terhempas di AS, dua terbunuh

Bernama
April 3, 2023 13:53 MYT
Helikopter itu dilaporkan membawa seorang pesakit yang mengalami masalah pernafasan dan sakit dada. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Sebuah helikopter perubatan terhempas di timur laut di Shelby County, Alabama di selatan Amerika Syarikat pada Ahad yang mengorbankan dua anak kapal.
Helikopter itu dilaporkan membawa seorang pesakit yang mengalami masalah pernafasan dan sakit dada.
Seorang timbalan Shelby County menelefon 911 untuk melaporkan nahas pada petang Ahad.
Helikopter itu membawa tiga anak kapal, menurut Timbalan Ketua Pejabat Shelby County Sheriff Clay Hammac.
Seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi dibawa ke hospital, tetapi seorang daripadanya disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
#helikopter terhempas #Shelby County #Alabama #dua tebunuh
;