Helikopter bawa lima individu terhempas di pergunungan utara Nepal

Agensi
Ogos 7, 2024 10:30 MYT
Pihak berkuasa memaklumkan helikopter tersebut berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kathmandu dan sedang menuju ke bandar Syaprubeshi. - Gambar hiasan
NEPAL: Sebuah helikopter yang membawa empat penumpang dan seorang juruterbang dilapor terhempas di kawasan pergunungan yang terletak di utara ibu kota Nepal pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Helikopter yang membawa empat penumpang dan seorang juruterbang dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di utara ibu kota Nepal.
  • Helikopter tersebut dimiliki oleh Air Dynasty dan berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kathmandu menuju ke bandar Syaprubeshi.
  • Empat penumpang adalah warga China, manakala juruterbang adalah warga Nepal. Tiada perkembangan lanjut berhubung kejadian setakat ini.

Pihak berkuasa memaklumkan helikopter tersebut berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Kathmandu dan sedang menuju ke bandar Syaprubeshi.
Difahamkan, helikopter tersebut dimiliki oleh Air Dynasty yang berpusat di Nepal dan dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan beberapa minit selepas berlepas.
Empat penumpang merupakan warga China, manakala juruterbang adalah warga Nepal.
Setakat ini, tiada perkembangan lanjut berhubung kejadian.
#helikopter terhempas #Nepal