Helikopter bawa Ketua Polis Filipina terhempas

Agensi
Mac 5, 2020 13:49 MYT
Helikopter berkenaan berlepas sebaik selesai mengadakan perjumpaan dengan pegawai polis tempatan sebelum merempuh kabel tenaga dan terhempas di atas jalan. - Foto AP
Sebuah helikopter yang membawa Ketua Polis Filipina, Jenderal Archie Gamboa Francisco bersama tujuh orang termasuk kru terhempas di bandar San Pedro di Wilayah Laguna, Selatan Manila pada Khamis.
Jurucakap daerah, Leftenan Kolonel Chitadel Gaoiran berkata, kesemua mangsa bagaimanapun selamat dan hanya mengalami cedera ringan.
"Helikopter berkenaan berlepas sebaik selesai mengadakan perjumpaan dengan pegawai polis tempatan sebelum merempuh kabel tenaga dan terhempas di atas jalan berhampiran kawasan perumahan," katanya.
Sementara itu, Gamboa menerusi hantaran dalam akaun Twitter rasminya memberitahu, kesemua mangsa kini dirawat di sebuah hospital berdekatan.

LOOK: Senator Bato dela Rosa visits PNP chief Gen. Archie Gamboa in the hospital. Gamboa was one of those injured in a helicopter crash this morning. ( Photo courtesy of Senator dela Rosas office) | @CESuerteFelipe pic.twitter.com/5aSAUu7anF

— The Philippine Star (@PhilippineStar) March 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#cedera #Filipina #Hospital #Manila #polis #terhempas #Twitter
;