Heidi Klum mengadu demam, gagal jalani saringan COVID-19

Azyyati Ahmad
Mac 14, 2020 04:38 MYT
Heidi Klum terpaksa meninggalkan sesi rakaman selepas mula mengalami simptom berkaitan. -Reuters
SUPERMODEL terkenal Heidi Klum mengadu demam dan terpaksa menarik diri dari rakaman rancangan hiburan America’s Got Talent minggu ini.
Personaliti TV berusia 46 tahun itu terpaksa meninggalkan rakaman selepas mula mengalami simptom berkaitan dan tempatnya digantikan Eric Stonestreet.
“Ia bermula dengan rasa sejuk di badan, demam, batuk serta selesema.
"Saya berasa tidak sihat dan sebab itu saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah, sebab saya tak mahu orang lain dijangkiti,” katanya dalam catatan di Instagram peribadi beliau.
Klum dalam pada itu mengharapkan ia sekadar demam biasa.
"Saya mahu menjalani ujian koronavirus, tetapi kemudahan itu tiada di sini,” katanya lagi.
#America s Got Talent #coronavirus #COVID-19 #Eric Stonestreet #Heidi Klum