Hassan Rowhani lawat makam Ayatollah Roohollah Khomeini

Astro Awani
Jun 17, 2013 06:30 MYT
Bakal Presiden Iran, Hassan Rowhani menziarahi makam pemimpin Iran, Ayatollah Roohollah Khomeini di selatan Tehran selepas diumum pemenang pemilihan Presiden.
Lawatan itu adalah langkah simbolik bahawa Hassan akan setia kepada semua prinsip Revolusi Islam 1979.
Penyokong Hassan yang berkumpul di makam berkenaan, menyambut ketibaan bakal Presiden Republik Islam berkenaan.
Cucu kepada Khomeini, Hassan Khomeini turut berada di situ bagi mengiringi bakal Presiden menziarahi makam datuknya.
Berucap di hadapan penyokongnya, Hassan berkata, kemenangan beliau adalah satu permulaan kepada perubahan yang dituntut oleh rakyat Iran merangkumi bidang ekonomi, kebudayaan dan sosio politik.
Secara tradisinya, Presiden Iran bertanggungjawab terhadap ekonomi negara.
Hassan dijangka berdepan cabaran meningkatkan ekonomi kerana ketika ini, kadar inflasi republik Islam itu melebihi 30 peratus dengan kadar pengangguran 14 peratus.
#Ayatollah Roohollah Khomeini #Hassan Rowhani #presiden
;