Hassan Rouhani: Sekatan AS tiada kesan
Astro Awani
Ogos 6, 2018 05:59 MYT
Ogos 6, 2018 05:59 MYT
Presiden Iran Hassan Rouhani menegaskan sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Tehran tidak akan memberi kesan.
Republik itu sebaliknya katanya, boleh bergantung kepada Rusia dan China untuk membantu dalam sektor minyak dan perbankan.
Hassan juga menolak gesaan AS untuk mengadakan rundingan baru.
Beliau sebaliknya menuntut Washington membayar pampasan kerana campur tangan selama berdekad dalam ekonomi negaranya.
"Sekiranya AS sedia untuk berunding mengenai pembayaran pampasan kepada Iran dari 1953 sehingga kini, kerana campur tangan dalam urusan negara ini, kami sedia.
"Amerika berhutang kepada Iran kerana beberapa kali campur tangan. Mereka sepatutnya meminta maaf kepada kami dan bayar pampasan. Jika mereka lakukan demikian, kami sentiasa sedia untuk berbincang," katanya pada Isnin.
Tambahnya, AS akan menyesal kerana mengenakan sekatan ke atas Iran.
Sekatan yang dikurangkan di bawah pentadbiran Barack Obama, dilaksanakan semula pada Selasa.
Sementara itu, sekatan diperbaharui yang mensasarkan industri minyak dan sektor perbankan Iran akan dilaksanakan pada 4 November.
#Amerika Syarikat
#AS
#campur tangan
#China
#ekonomi
#Hassan Rouhani
#Iran
#pampasan
#Rusia
#sekatan
#Washington