Hassan Rouhani ikrar pulihkan Tehran dan dunia barat

Agensi
April 12, 2013 12:15 MYT
Bekas perunding nuklear Iran, Hassan Rouhani berikrar untuk memulihkan hubungan Tehran dan dunia barat jika dipilih sebagai presiden.
Beliau antara calon utama mendapat perhatian umum yang akan bertanding dalam pilihan raya pada 14 Jun depan.
Beliau meraih populariti selepas mendedahkan isu program nuklear Iran dan berjanji untuk memulihkan ekonomi negara.
Beliau yang tidak berpuas hati dengan kadar inflasi mencecah lebih 30 peratus dan kadar pengangguran sehingga 13 peratus berjanji untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Hassan turut mengkritik cara presiden Mahmoud Ahmadinejad menangani isu nuklear sehingga menyebabkan Tehran dikenakan sekatan antarabangsa.
#Hassan Rouhani #Mahmoud Ahmadinejad #Tehran
;