Hasil pertanian Ukraine menurun akibat periuk api

Bernama
Februari 23, 2023 12:30 MYT
Yulia Svyrydenko (foto) berkata, lebih 2.6 juta hektar tanah pertanian Ukraine terjejas akibat periuk api. -Reuters
KYIV: Pengeluaran hasil pertanian Ukraine dijangka berkurangan tahun ini akibat banyak tanah ladangnya dicemari periuk api, kata Timbalan Perdana Menteri Pertama yang juga Menteri Ekonomi Ukraine, Yulia Svyrydenko.
Beliau berkata, lebih 2.6 juta hektar tanah pertanian Ukraine terjejas akibat periuk api, lapor Xinhua.
"Program pembersihan periuk api mungkin mengambil masa bertahun-tahun, tetapi kita perlu memulakannya sekarang," kata Svyrydenko.
Pada masa yang sama, beliau menekankan bahawa Ukraine bersedia melanjutkan perjanjian bijirin Laut Hitam dengan menggunakan laluan Eropah untuk meningkatkan eksport bijirinnya.
Sehingga awal bulan ini, negara itu menuai 53.2 juta tan bijirin dan kekacang hasil tuaian tahun lepas daripada 97 peratus kawasan pertanian.
Ukraine mempunyai kira-kira 42.8 juta hektar tanah ladang berkualiti tinggi yang sesuai untuk penanaman bijirin dan menternak binatang ternakan.-- BERNAMA
#Ukraine #Yulia Svyrydenko #periuk api #hasil pertanian menurun
;