Hasil karya seni Banksy dicuri, polis Perancis tahan enam suspek
Reuters
Jun 27, 2020 06:05 MYT
Jun 27, 2020 06:05 MYT
Enam orang telah ditahan di Perancis kerana disyaki mencuri karya seniman jalanan Britain, Banksy yang dilaporkan hilang dari dewan konsert Bataclan di Paris, kata sumber mahkamah pada Sabtu.
Karya dalam bentuk mural itu, yang memaparkan seorang wanita berkerudung, ditemukan di sebuah rumah ladang di Itali awal bulan ini selepas dilaporkan hilang lebih setahun yang lalu.
Dua daripada mereka ditahan atas tuduhan mencuri manakala empat yang lain disyaki bersubahat dan menyembunyikan kecurian.
Mural berkenaan dicat pada pintu kecemasan dan pencuri dipercayai menggunakan alat khas untuk mengalihkan dan membawanya masuk ke dalam van.
Bataclan, yang merupakan salah sebuah venue konsert rock terkenal di Paris, pernah menjadi lokasi serangan bersiri kumpulan pengganas pada November 2015 yang mengorbankan 130 nyawa.