Hasil eksport teh Sri Lanka cecah AS$1.43 bilion pada 2024

Bernama
Januari 29, 2025 04:00 MYT
Laporan tempatan menyatakan Iraq merupakan pengimport terbesar teh Sri Lanka, diikuti Rusia dan Emiriah Arab Bersatu. - Gambar fail
COLOMBO: Sri Lanka memperoleh hasil sebanyak AS$1.43 bilion daripada eksport teh pada 2024, mencatatkan peningkatan lebih sembilan peratus tahun ke tahun, lapor Xinhua.
Menurut laporan media kerajaan pada Rabu, Sri Lanka mengeksport 245.79 juta kilogram teh pada 2024, meningkat daripada 241.91 juta kilogram pada 2023. Secara purata, negara itu memperoleh AS$5.84 bagi setiap kilogram teh yang dieksport pada tahun lepas.
Teh merupakan antara penyumbang utama pendapatan luar Sri Lanka. Laporan tempatan menyatakan Iraq merupakan pengimport terbesar teh Sri Lanka, diikuti Rusia dan Emiriah Arab Bersatu. - BERNAMA-XINHUA
#eksport #teh #Sri Lanka #pengimport teh
;