Harris gesa Kongres bertindak susulan kes keganasan meningkat

Astro Awani
Mei 28, 2022 07:45 MYT
Kamala Harris meletakkan bunga pada tugu peringatan di pasar raya Tops, Buffalo. - Foto REUTERS
NEW YORK: Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris menggesa Kongres bertindak di tengah-tengah keganasan senjata api yang semakin meningkat di negara itu.
Harris ditemui ketika hadir di majlis pengebumian terakhir mangsa serangan tembakan rambang yang berlaku di pasar raya Buffalo.
"Kami adalah masyarakat yang ditadbir oleh peraturan, yang kebanyakannya direka untuk bertindak pada tahap tertinggi bagi mencegah daripada bahaya dan untuk mempromosikan keselamatan.
"Sebuah masyarakat yang bertamadun harus bersetuju serta memastikan keselamatan penduduk dan mengelakkan keadaan huru-hara.
"Tahun ini sahaja sudah berlaku lebih 200 tembakan rambang di negara ini dan kita belum tiba bulan Jun.
"Mari kita sama-sama bersetuju ia adalah dalam kuasa kita untuk bertindak, Kongres perlu bertindak.
"Kita juga perlu bersatu sebagai satu negara, tidak berbelah bahagi, berdiri dengan satu sama lain," katanya.
Majlis itu dipenuhi dengan gesaan dan rayuan agar kebencian kaum dan keganasan senjata api di dalam negara ditamatkan.
Harris turut melawat sebuah tugu peringatan di luar pasar berkenaan selepas upacara pengebumian.
#Kamala Harris #senjata api #keganasan #pasar raya
;