Harimau bintang sesat cetus panik di hospital, pawagam

Agensi
Februari 25, 2014 10:55 MYT
Seekor harimau bintang mencetuskan suasana panik di bandar utara India ketika sesat di dalam hospital, pawagam serta sebuah apartment apabila ingin mengelak dari ditangkap pihak berkuasa, kata seorang pegawai semalam.
Pihak berkuasa terus menutup sekolah-sekolah dan kolej di Meerut, 60 kilometer (37 batu) dari timur laut ibu negara India, selepas harimau ditemui di bandar ini pada hari Ahad, kata seorang pegawai kanan bandar berkenaan.
"Walaupun kita sudah berusaha sebaik mungkin, namun kami masih tidak dapat mengesan lokasi harimau bintang itu. Kami telah melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu binatang itu," kata tambahan majistret daerah SK Dubey .
Harimau bintang itu ditemui di dalam wad kosong hospital tentera pada hari Ahad sebelum pegawai hidupan liar dipanggil untuk disuntik damak pelali terhadap haiwan itu, Dubey memberitahu AFP.
"Namun ia berjaya memecahkan gril besi dan melepaskan diri. Ia kemudian masuk ke dalam premis dewan pawagam sebelum memasuki sebuah blok apartmen. Selepas itu kami kehilangan jejak harimau bintang itu," katanya.
Minggu lepas seekor harimau lain membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di pusat Chhattisgarh.
Rakaman video dari Mumbai tahun lepas menunjukkan harimau menjalar ke dalam ruang legar blok apartmen dan menyerang seekor anjing kecil .
Kumpulan pemuliharaan WWF dipanggil untuk pengurusan hutan dan habitat harimau bintang India yang berjumlah 1,150 pada banci 2011.
"Harimau bintang adalah mamalia besar dan mereka memerlukan ruang untuk bergerak," kata wakil WWF-India Deepankar Ghosh kepada AFP.
"Kita tidak boleh meletakkan semua harimau bintang ke dalam sangkar. Kita juga tidak boleh menghalau penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan. Kami perlu menguruskan keadaan ini sebaik mungkin."
#harimau bintang #India
;