Harga minyak naik: Pemimpin pembangkang ketuai protes

Astro Awani
September 11, 2018 08:05 MYT
Penyokong Parti Kongres berteriak melaungkan slogan dari atas kereta lembu semasa mengadakan protes membantah kenaikan harga bahan api dan isu ekonomi lain di Bangalore, 10 Sept, 2018. (AP Photo)
Pemimpin-pemimpin pembangkang India mengadakan protes di seluruh negara pada Isnin, bagi membantah kenaikan harga minyak.
Di New Delhi, tahun ini sahaja, harga minyak naik hampir 15 peratus.
Pemimpin dari Parti Kongres, pembangkang utama yang mengetuai protes anti-kerajaan itu, berkumpul di luar sebuah stesen minyak di ibu kota.
Presidennya, Rahul Gandhi mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Narendra Modi yang membisu mengenai isu itu.
Kerajaan menyalahkan kenaikan harga minyak mentah antarabangsa dan susut nilai Rupee India terhadap dolar Amerika Syarikat.
Cukai menyumbang lebih daripada satu pertiga daripada harga minyak runcit di India.
#harga minyak #India #minyak mentah #Narendra Modi #New Delhi #Parti Kongres #pembangkang #protes #rupee #susut nilai
;