Harga lelongan menu kapal Titanic dijangka cecah RM200 ribu

Madiha Abdullah
September 2, 2015 14:31 MYT
Menu ini diselamatkan oleh seorang penumpang kelas pertama yang bernama Abraham Lincoln Salomon.
Menu makan tengah hari yang berjaya diselamatkan dari kapal Titanic dijangka dilelong dengan harga sehingga AS$70,000 (RM294,630) dalam satu majlis yang akan berlangsung 30 September ini.
Ia merupakan menu makan tengah hari yang dijadualkan sehari sebelum kapal tersebut karam pada 15 April 1912.
Menu yang dilabel sebagai artifak bersejarah ini menyenaraikan beberapa makanan yang diklasifikasikan sebagai makanan mewah, antaranya potted shrimp, soused herring dan chicken galantine.

Menu from Titanic last lunch is going to auction http://t.co/VbwEqncV6J pic.twitter.com/RNTJXr2n1N

— TIME.com (@TIME) August 31, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang penumpang kapal dalam kelas pertama, Abraham Lincoln Salomon, merupakan orang yang bertanggungjawab menyelamatkan menu tersebut apabila dia diselamatkan oleh bot penyelamat.
Semalam, 1 September 2015, genap 30 tahun bangkai kapal itu ditemui selepas karam di utara Lautan Atlantik.
#kapal #Titanic #tragedi
;