Harga barang naik, Indonesia perlu kepimpinan baharu - Sandiaga Uno
Amirah Madhihah
Mei 7, 2019 16:05 MYT
Mei 7, 2019 16:05 MYT
ISU kenaikan harga barang sempena bulan Ramadan di Indonesia menjadi modal buat calon naib presiden nombor 2, Sandiaga Uno untuk menekankan bahawa negara republik itu memerlukan kepimpinan baharu.
Kenyataan itu dikeluarkan Sandiaga menjelang keputusan rasmi Pemilihan Umum (Pemilu) yang turut menyaksikan beliau dan Prabowo Subianto turut bertanding merebut kerusi dalam Pemilihan Presiden (Pilpres) 2019.
Selepas pengundian berlangsung pada 17 April lalu, Komisi Pemilihan Umum (KPU) hanya akan mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya negara itu pada 22 Mei ini.
Sandiaga mengambil kesempatan menyampaikan saranan bahawa ketua negara Indonesia harus diwakili oleh pemimpin yang tegas dan kuat.
Ucapan itu disampaikan pemimpin berusia 50 tahun itu ketika berkunjung ke Bandung.
Beliau dengan kesal menyatakan perkara yang selalu ditekankan kepada rakyat Republik itu selama ini sudah menjadi kenyataan.
“Mari kita jagakan, selamatkan bekalan makanan dan selamatkan rantaian pengedaran. Tetapi kita sememangnya memerlukan kepimpinan baru, tegas dan kuat,” kata Sandiaga.
golongan kelas menengah dan bawah khususnya ibu-ibu yang harus memikirkan persiapan menyambut lebaran buat keluarga.
Laporan portal berita CNBC Indonesia berkata, antara bahan yang mencatatkan kenaikan harga termasuk bawang putih yang dijual lebih 100 peratus sejak Januari sehingga April lalu.
Barangan lain yang turut mengalami kenaikan harga ialah cili yang meningkat antara 19 ke 22 peratus dalam masa seminggu.