Hapuskan NRA! Pelajar laung bantahan di depan Capitol Hill
Agensi
Februari 21, 2018 06:21 MYT
Februari 21, 2018 06:21 MYT
Ratusan pelajar sekkolah tinggi Marryland berhimpun di hadapan bangunan Capitol dengan satu suara menyokong kawalan senjata api lebih ketat segera dilaksanakan.
Perhimpunan aman ini sebagai tanda solidariti terhadap mangsa serangan berdarah di Florida seminggu lalu.
Kumpulan pelajar ini turut menggesa Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA) dibubarkan kerana mendakwa ia bertanggungjawab terhadap siri serangan senjata api yang kian menjadi-jadi di Amerika Syarikat.
Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan, perwakilan Demokratik Maryland, Jamie Raskin.
“Pelajar sekolah tinggi Amerika kini memimpin revolusi menentang keselesaan politik dan pakatan sulit dengan NRA,” kata Raskin di hadapan kumpulan pelajar terbabit.
Tambah Raskin lagi pelajar di seluruh AS kini senada meneruskan tradisi golongan muda Amerika mahu mengubah hala tuju negara Uncle Sam itu ke arah yang lebih baik