Hanya tujuh kes baharu direkodkan di China, tiada kematian
Astro Awani
Oktober 7, 2020 10:49 MYT
Oktober 7, 2020 10:49 MYT
SITUASI COVID-19 di China terus menunjukkan perkembangan positif selepas hanya tujuh kes direkodkan setakat Selasa, berbanding 12 kes pada hari sebelumnya.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan, semua jangkitan baharu adalah kes import, melibatkan pelancong dari luar negara.
Sementara itu, kes yang tidak menunjukkan gejala turut menurun kepada 24, berbanding 31 pada Isnin.
China yang suatu ketika dahulu berada di kedudukan tertinggi kes jangkitan global, mencatatkan 85,489 kes COVID-19 setakat ini.
Tiada kematian baharu direkodkan pada Selasa, sekali gus menyaksikan kes kematian kekal sebanyak 4,634.
#COVID-19
#Suruhanjaya Kesihatan Nasional
#kes import
#jangkitan baharu
#kes positif
#tiada kematian
#China
#jangkitan