Hanya Tuhan mampu selamatkan penduduk Ghouta?
Isabelle Leong
Februari 20, 2018 05:18 MYT
Februari 20, 2018 05:18 MYT
Bunyi letupan dan serangan tidak lagi menakutkan Noor dan Alaa.
Bunyi letupan itu bagai sudah sebati dengan hidup mereka.
Kedua-dua kanak-kanak ini ialah antara 400,000 orang awam yang terperangkap dalam kepungan dan serangan tanpa henti regim Bashar al Assad dan Rusia ke atas Timur Ghouta.
Serangan bertubi-tubi dalam tempoh 24 jam sejak Isnin telah mengorbankan lebih 97 nyawa.
Noor dan Alaa bernasib baik kerana masih terselamat.
Namun begitu, anak-anak kecil ini sedar.
Tanpa campur tangan masyarakat antarabangsa bagi menghentikan serangan, mereka hanya menunggu masa.
Menunggu masa untuk kembali ke pangkuan Tuhan.
“Rejim Assad telah membawa pasukannya untuk menumpaskan Ghouta.
“Kami tidak dapat mempertahankan diri kami.
“Kanak-kanak di sini berada dalam keadaan yang bahaya dan akan dibunuh.
“Tolong selamatkan kanak-kanak Ghouta, sebelum terlambat,” rayu Noor dalam suatu video yang dimuat naik.
Sanggupkah kita berpeluk tubuh dan serahkan nasib mereka kepada Tuhan?