Hanya tekanan tentera akan bebaskan tawanan - Netanyahu
Agensi
Disember 16, 2023 06:30 MYT
Disember 16, 2023 06:30 MYT
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan pertempuran sengit di Gaza selepas tenteranya sendiri membunuh tiga tawanan mereka.
“Hanya tekanan tentera akan membawa kepada pembebasan tebusan. Hati saya terusik selepas tragedi malam tadi,” katanya dalam ucapan pertama selepas Angkatan Pertahanan Israel (IDF) secara tidak sengaja membunuh tebusannya dalam kejadian pada Jumaat lalu.
Kenyataan terbaharu Netanyahu itu dibuat pada Sabtu ketika Kabinet Perang Israel bertemu dengan media Israel melaporkan anggota dijangka membincangkan usaha baharu untuk mengadakan semula rundingan pembebasan tawanan.
Tiada tawanan telah dibebaskan sejak jeda dalam pertempuran berakhir pada hujung November lalu.
Dalam masa sama, Netanyahu berikrar untuk meneruskan perang "sehingga kemenangan" dicapai.
Kata Netanyahu, Israel "kita berada dalam situasi peperangan untuk meneruskan hidup kita."
"Perang ini perlu diteruskan sehingga kemenangan... walaupun mendapat tekanan antarabangsa." - Agensi