Hanya disebabkan kemalangan kecil, pemandu sanggup acu pistol

Syafique Shuib
Julai 27, 2014 16:18 MYT
Kejadian berlaku di ESDA, Manila. Sumber: YouTube/cisconix
Di Malaysia, video Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, atau lebih dikenali sebagai Kiki, yang memarahi seorang warga emas yang dikenali sebagai Sim Siak Hong terus menjadi viral di media sosial tempatan.
Di Filipina pula, lain pula ceritanya. Warga media sosial di sana dikejutkan dengan sebuah video dimana seorang pemandu teksi diacu pistol dalam satu insiden kemalangan kecil.
Kejadian berlaku di EDSA di Manila melibatkan seorang pemandu yang menaiki kereta jenis Mercedes-Benz dan seorang pemandu teksi.
Seorang pemandu yang memakai baju berwarna biru seolah-olah tidak membenarkan pemandu teksi itu keluar dari kenderaannya. Tetapi apabila pemandu teksi itu berjaya keluar, lelaki itu terus mengacukan pistol ke arah pemandu teksi terbabit.
Mereka terus bertengkar di tepi jalan raya sebelum menaiki kereta masing-masing. Namun, di akhir video itu, pemandu teksi itu berjaya memotong kereta Mercedes-Benz dan mereka terus bertengkar lagi.
Saksikan video penuh:
#Filipina #media sosial
;