AS hantar kapal bantuan ke Gaza

Bernama
Mac 10, 2024 16:11 MYT
Kapal Tentera AS General Frank S. Besson (LSV-1) berlepas dari Pangkalan Bersama Langley-Eustis menuju ke Mediterranean Timur. -X CENTCOM
MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) telah menghantar kapal pertama dengan peralatan untuk menubuhkan koridor maritim bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Ahad, lapor Sputnik.
Menerusi hantaran di X, CENTCOM berkata Kapal Tentera AS General Frank S. Besson (LSV-1) berlepas dari Pangkalan Bersama Langley-Eustis menuju ke Mediterranean Timur kurang 36 jam selepas Presiden Joe Biden mengumumkan AS akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui jalan laut.

On March 9, 2024, U.S. Army Vessel (USAV) General Frank S. Besson (LSV-1) from the 7th Transportation Brigade (Expeditionary), 3rd Expeditionary Sustainment Command, XVIII Airborne Corps, departed Joint Base Langley-Eustis en route to the Eastern Mediterranean less than 36 hours pic.twitter.com/X70uttuY9J

— U.S. Central Command (@CENTCOM) March 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Besson, sebuah kapal sokongan logistik membawa peralatan pertama untuk membina pelabuhan sementara untuk menghantar bekalan kemanusiaan penting," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
#Gaza #penghantaran bantuan kemanusiaan #General Frank S Besson #kapal LSV-1
;