Hampir separuh pelanggan Twitter Blue dikatakan mempunyai kurang 1,000 pengikut

Amanz
Mac 29, 2023 11:50 MYT
Lebih 70,000 pelanggan Twitter Blue mempunyai kurang 100 pengikut pada akaun mereka.
TWITTER di bawah Elon Musk melakukan pelbagai perubahan pada perkhidmatan, termasuk memperkenalkan Twitter Blue yang menawarkan khidmat berbayar untuk membolehkan pengguna menerima tanda calit biru pada profil - sekali gus memberikan tanda pengesahan yang agak eksklusif sebelum ini pada platform tersebut.
Walaupun telah diperkenalkan untuk beberapa bulan, dan mempunyai ratus ribu pengguna yang melanggan Twitter Blue, mengikut pengkaji dan penganalisa, ia dikatakan hampir separuh dari keseluruhan pelanggan yang melanggan Twitter Blue mempunyai kurang daripada 1,000 pengikut.
Malah, lebih 70,000 pelanggan Twitter Blue mempunyai kurang 100 pengikut pada akaun mereka - iaitu hampir 17.6 peratus pelanggan Twitter Blue buat masa ini.
Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana pengguna dan akaun tegar masih tidak melanggan Twitter Blue buat masa ini.
Sama-sama kita nantikan 1 April ini, sama ada perkara berkenaan akan berubah atau tidak, selepas Twitter membuang tanda calit biru legasi dari semua akaun, dan hanya menyokong langganan Twitter Blue sahaja. - Amanz
#Twitter Blue #pengikut #Elon Musk #pelanggan
;