Hampir separuh hutan Amazon terdedah kepada bahaya kepupusan menjelang 2050 - Kajian

Bernama
Februari 15, 2024 15:00 MYT
Saintis mengeluarkan amaran itu dalam kajian yang diterbitkan majalah Nature pada Rabu. - Gambar fail/Unsplash
ANKARA: Kira-kira separuh daripada sistem hutan Amazon berada dalam bahaya kepupusan menjelang 2050 ekoran pendedahan tinggi kepada tekanan suhu panas, kemarau yang melampau, penebangan hutan dan kebakaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut kajian.
Saintis mengeluarkan amaran itu dalam kajian yang diterbitkan majalah Nature pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
Menyedari bahawa 38 peratus daripada Amazon kini merosot, penyelidik menganggarkan bahawa menjelang 2050, sebanyak 10 peratus hingga 47 peratus daripada hutan Amazon akan terdedah kepada gangguan yang boleh mencetuskan peralihan ekosistem yang tidak dijangka dan berpotensi memburukkan lagi perubahan iklim serantau.
Menurut kajian itu, selama 65 juta tahun, hutan Amazon kekal berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan jika tahap kelembapan terus menurun, Amazon mungkin akan berubah menjadi kawasan gersang.
-- BERNAMA
#hutan Amazon #peralihan ekosistem #perubahan iklim #suhu panas