Hampir 44 terkorban dalam serangan udara terbaharu di Syria
Reuters
Jun 8, 2018 20:09 MYT
Jun 8, 2018 20:09 MYT
Sekurang-kurangnya 44 nyawa terkorban dalam serangan udara terbaharu di daerah Idlib, Syria pada Jumaat.
Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Syria, serangan tersebut turut mencatatkan angka korban terbesar setakat tahun ini.
Antara yang maut termasuk 11 wanita dan enam kanak-kanak.
Serangan menggunakan jet pejuang dipercayai milik Rusia itu menyasarkan perkampungan Zardana di utara Idlib.
Angka kematian dijangka akan terus meningkat selepas 60 mangsa lain dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Selain itu, petugas yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat juga masih giat melakukan pencarian di bawah runtuhan batu.