Hampir 40,000 rakyat Korea Selatan maut akibat bunuh diri dalam tempoh tiga tahun lepas - Data
Bernama
Oktober 11, 2023 13:35 MYT
Oktober 11, 2023 13:35 MYT
SEOUL: Kadar bunuh diri dalam kalangan generasi muda di Korea Selatan menyaksikan peningkatan, dengan seramai 39,453 golongan belia maut akibat membunuh diri, menurut data Kementerian Kesihatan dan Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Data menunjukkan bahawa jumlah itu meningkat berbanding 32,156 kematian akibat COVID-19 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama.
Secara keseluruhan, kadar bunuh diri menurun sedikit dalam tempoh lima tahun lalu iaitu 25.2 orang bagi setiap 100,000 pada 2022, tetapi kadar bunuh diri dalam kalangan remaja dan mereka yang berumur 20-an menunjukkan trend peningkatan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kadar bunuh diri dalam kalangan remaja meningkat daripada 5.8 setiap 100,000 individu pada 2018 kepada 7.2 pada 2022, manakala kadar bagi mereka yang berumur 20-an meningkat daripada 17.6 kepada 21.4 dalam tempoh yang sama.
Bilangan percubaan membunuh diri juga meningkat.
Tahun lepas, 36,754 orang menerima kecemasan di hospital selepas mencederakan diri sendiri atau cuba membunuh diri, peningkatan sebanyak 68 peratus daripada 21,875 pada 2012.
-- BERNAMA