Hamas serahkan dua tebusan wanita

Astro Awani
November 30, 2023 07:40 MYT
Mia Schem disambut ibu dan abangnya selepas dibebaskan pejuang Hamas di Gaza. - Foto REUTERS
GAZA: Pejuang Hamas serahkan dua lagi tebusan wanita kepada Palang Merah di Dataran Palestin, Gaza, pada Khamis.
Pembebasan tebusan dijangka akan berterusan pada lewat petang berikutan perjanjian saat akhir dicapai dengan Israel untuk lanjutkan gencatan senjata.
Israel mengenal pasti tebusan yang dibebaskan sebagai Mia Schem, berusia 21 tahun, dan Amit Soussana, 40.
Schem juga memegang kewarganegaraan Perancis.
Rakaman yang disiarkan di Al Jazeera menunjukkan wanita itu dibawa keluar dari kenderaan putih yang dikelilingi oleh pejuang Hamas di Kota Gaza dan dibawa kepada pegawai Palang Merah.
Israel dan Hamas setuju untuk lanjutkan gencatan senjata mereka untuk hari ketujuh.
Pengantara Mesir dan Qatar sedang berusaha untuk merundingkan lanjutan gencatan senjata selama dua hari.
Pengantara meneruskan rundingan lanjutkan gencatan senjata untuk membebaskan lebih banyak tebusan dan membenarkan bantuan sampai ke Gaza.
Israel, yang menuntut Hamas membebaskan sekurang-kurangnya 10 tebusan setiap hari untuk melanjutkan gencatan senjata.
Hamas membebaskan 16 tebusan pada Rabu manakala israel membebaskan 30 tahanan Palestin.
Pada Khamis, pejuang Hamas telah membebaskan 97 tebusan semasa gencatan senjata.
#Israel #Hamas #tebusan #gencatan senjata
;