Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Bernama
Oktober 5, 2024 22:17 MYT
Oktober 5, 2024 22:17 MYT
BEIRUT: Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Saeed Atallah Ali terbunuh dalam serangan Israel ke atas Kem Pelarian Beddawi kira-kira lima kilometer di utara bandar pelabuhan Tripoli, menurut Hamas.
Agensi berita Lubnan NNA melaporkan bahawa isteri Ali dan dua anaknya turut terbunuh dalam serangan itu.
Sumber keselamatan Lubnan sebelum ini melaporkan bahawa sebuah dron telah menyerang sebuah pangsapuri di kem pelarian Palestin berhampiran Tripoli.
-- BERNAMA