Hamas positif dengan cadangan Biden berdasarkan gencatan senjata kekal
Astro Awani
Jun 1, 2024 08:50 MYT
Jun 1, 2024 08:50 MYT
HAMAS dalam satu kenyataan pada Jumaat mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
Menurut laporan Reuters, Hamas bersetuju cadangan Biden berdasarkan beberapa perkara termasuk pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
Selain itu, Hamas juga menuntut pembinaan semula Gaza dan kepulangan semula penduduk ke tempat tinggal mereka.
Dalam masa yang sama, Hamas mahukan komitmen serius Israel dalam perjanjian pertukaran banduan.
Sementara itu, pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, Israel telah memberi kuasa kepada perunding untuk membentangkan perjanjian gencatan senjata Gaza selepas Biden mendedahkan butiran rancangan tersebut.