Hamas gesa Presiden Biden beri tekanan pada Israel akhiri keganasan di Gaza

Agensi
November 26, 2023 07:00 MYT
Jurucakap pasukan pejuang Hamas, Osama Hamdan menggesa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi tekanan ke atas Israel untuk mengakhiri peperangan di Semenanjung Gaza. - Gambar REUTERS
BEIRUT: Jurucakap pasukan pejuang Hamas, Osama Hamdan menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi tekanan ke atas Israel untuk mengakhiri peperangan di Semenanjung Gaza.
“Presiden Biden mempunyai keupayaan untuk mengakhiri keganasan Israel ke atas Gaza. Beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian... bercakap mengenai pemanjangan gencatan senjata bukanlah penyelesaian (perang).
“Penyelesaiannya ialah menghentikan Israel menyerang Gaza dan memaksa Israel untuk melaksanakan resolusi antarabangsa ke atas rakyat Palestin,” kata Osama kepada agensi berita antarabangsa Al Jazeera dari Beirut, Lubnan.
#Perang Palestin-Israel #Hamas #Presiden Joe Biden #keganasan israel