Hamas desak AS nilai semula sokongan terhadap Israel

Astro Awani
Januari 8, 2024 08:45 MYT
Anggota tentera rejim Zionis Israel ketika lakukan operasi darat di Semenanjung Gaza. - Foto AP
BEIRUT: Pemimpin kanan Hamas desak pentadbiran Amerika Syarikat (AS) meneliti semula sokongan terhadap Israel dalam perang di Gaza.
Kritikan dikeluarkan Osama Hamda ketika Setiausaha Negara AS Antony Blinken berada di Asia Barat untuk misi diplomatik tergempar.
Tegas Osama, sokongan Washington terhadap Israel adalah punca utama perang berlanjutan sehingga tiga bulan.
"Ketika Setiausaha Blinken melawat rantau ini, kami mendesak pentadbiran Amerika Syarikat untuk melaksanakan penelitian realistik terhadap polisi AS yang berlanjutan selama tiga bulan ketika keganasan ini berlaku.
"Ia juga perlu meneliti pendiriannya terhadap apa yang berlaku di tanah Palestin daripada pencabulan, pembunuhan besar-besaran dan jenayah genosid.
"Pendirian AS menyokong entiti ini adalah punca keganasan ini terus berlaku," katanya.
Menyentuh kemungkinan pasca perang, Osama turut menekankan wilayah Semenanjung Gaza hanya boleh ditadbir Palestin.
Beliau juga mendesak negara-negara Arab, negara Islam serta negara Afrika menyokong kes dikemukakan Afrika Selatan ke atas Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).
#Osama Hamda #Antony Blinken #Israel #Gaza
;