Hamas dakwa Mossad dalang utama kes pembunuhan Dr Fadi

Agensi
April 21, 2018 05:53 MYT
Ketua pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh berkata, kejadian itu hampir sama dengan modus operandi yang dijalankan pihak Mossad dalam menyasarkan mangsanya. - Gambar REUTERS
Kumpulan Hamas yang memerintah Gaza mendakwa pembunuhan Dr Fadi Albatsh di Kuala Lumpur semalam didalangi oleh ejen perisikan Israel, Mossad.
Dr Fadi, 35 tahun, seorang saintis muda dari Palestin ditembak menjelang waktu Subuh di Gombak pada Sabtu.
Ketua pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh berkata kepada The Associated Press, kejadian itu hampir sama dengan modus operandi yang dijalankan pihak Mossad dalam menyasarkan mangsanya.
“Berdasarkan pembunuhan terbaharu ini, boleh saya katakan bahawa kes ini menyerupai kes-kes pembunuhan melibatkan para ulama Palestin dan negara Islam yang didalangi Mossad.
"Jadi mereka yang mendalangi pembunuhan ini harus menerima balasannya,” katanya ketika melawat kediaman keluarga Dr Fadi di Jabaliya.
BACA: Siapa Dr Fadi AlBatsh?
BACA: Jangan buat andaian, kes masih dalam siasatan - KP KL
BACA: Bunuh imam: Dua suspek dipercayai ada kaitan organisasi perisikan - TPM Zahid
Kematian Dr Fadi bukan sahaja menggemparkan negara, malah mendapat perhatian meluas dari media antarabangsa dan negara-negara Islam lain.
Dr Fadi yang berasal dari Jabaliya, Gaza bukan sahaja dikenali sebagai seorang pakar kejuruteraan elektrik terkemuka malah beliau sering dijemput menjadi imam di masjid-masjid seluruh negara.
#Dr Fadi Al Batsh #Gombak #Hamas #Ismail Haniyeh #jabaliya #Kuala Lumpur #Mossad #Palestin #tembak mati
;